LOMBOK WITH MELATI HIKERS (5D 4N)

 


DAY 1: 8 JANUARY 2025

Kami bertiga (saya, kakak ipar & adik) teruja dengan Gunung Rinjani apabila melihat rakan2 Melati Hikers memakai T-shirt Rinjani.
Tetapi sedar akan kemampuan sendiri😅, apabila bersembang dengan Pak Ram di Bukit Melati, beliau mencadang kami mendaki bukit-bukit (apabila kami beritahu kami belum bersedia untuk mendaki Gunung Rinjani) sekitar Gunung Rinjani iaitu Bukit Anak Dara dan Bukit Pergasingan .
Pada pendapat kami, Bukit-Bukit ini mungkin standard Bukit Melati dan bersetuju dan membuat perancangan.
Akhirnya, team kami seramai 10 orang dengan menggunakan khidmat Karat Adventure di ketuai oleh Uncle Rashid atau lebih femes Uncle Karat berjaya merancang Trip ini - Lombok 5H 4M (8 - 12 Jan 2025).
Aktiviti Day 1 - 8 Jan 2025
6:35 am - KLIA2 ke Bandara Udara Lombok
10:00 am - Bandara Lombok serta urusan imigresen
11:35 am - Makan tengahari di restoran RM Nasi Balap Puyung Rinjani 2
12:00 pm - Singgah di Eiger, Praya dan meneruskan perjalanan ke Sembalun Lombok (2-3 jam perjalanan)
3:00 pm - Mengopi di HK Villa serta mengambil gambar
4:43 pm - Check-in di Hotel Diafran, Sembalun n solat jamak zohor asar
6:00 pm - Berjalan sekitar hotel dan makan malam di Restoran Joglo Sembalun Ceria
7:30 pm - Balik ke hotel, solat jamak magrib isya', rehat n tidor








DAY 2: 9 JANUARY 2025

2:00 am: Bangun dan bersiap untuk pendakian Bukit Anak Dara via Tanjakan Cinta
2:30 am - Menaiki pick up truck untuk ke basecamp Bukit Anak Dara
3:30 am - memulakan pendakian
4:50 am - sampai di port 1 untuk solat Subuh & berehat sebentar
6:00 am - sampai di port 2 TANJAKAN CINTA - rehat & bergambar
6:50 am - bergerak ke puncak
7:45 am - sampai di puncak Gunung Anak Dara berlatar belakang Gunung Rinjani
8:10 am - bersedia untuk turun
11:20 am - sampai di base camp (setelah berehat di port 1 & port 2), menaiki pick-up truck pulang ke Hotel Diafan
12:30 pm - Brunch Nasi Goreng Telur di Hotel
1:00 pm - Solat jamak zohor & asar, berehat
5:30 pm - Membeli bekalan untuk mendaki esok di Indomaret berdekatan dan makan malam di Restoran Joglo Sembalun Cinta
7:30 pm - Solat jamak Isyak & Maghrib, tidor






















DAY 3: 10 JANUARY 2025

1:30 am: Bangun dan bersiap untuk pendakian Bukit Pergasingan
2:00 am - Menaiki pick up truck untuk ke basecamp Bukit Anak Dara
2:30 am - memulakan pendakian
4:50 am - Solat Subuh & berehat sebentar
5:50 am - Sampai di Port Buaian Bukit Pergasingan
6:30 am - sampai ke puncak Bukit Pergasingan
7:00 am - bergerak ke port view kedua Bukit Pergasingan dan bergambar sepuasnya🥰
8:00 am - kembali ke Port Puncak Pergasingan untuk makan bekalan yang dibawa oleh Mek 🍽️🍽️🍽️
8:10 am - bersedia untuk turun serta singgah bergambar sepuasnya di Port Buaian.
Perjalanan turun Bukit Pergasingan amat mencabar 💪🏼💪🏼💪🏼
11:00 am - sampai di base camp dan menaiki pick-up truck pulang ke Hotel Diafan, sarapan dan bersiap untuk check-out
12:00 pm - Check-out hotel dan bergerak ke Senaru. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sekitar 40 minit ke 1 jam
1:00 pm - Singgah di Masjid Kuno Bayan Beleq
Masjid Bayan Beleq dibangun sekitar 500 tahun yang lalu, tak seorang pun tahu siapa yang membangun Masjid ini. Versi lainnya mengatakan bahwa yang membangun Masjid ini adalah Syeh Gaus Abdul Razak, salah seorang penyebar agama Islam di Bayan, dia membangunnya pada sekitar abad ke-16.
1:30 pm - Check-in dan letak barang di Chalet Pondok Guru Bakti 77
2:00 pm - Bergerak ke Sendang Gele & Tiu Kelep Waterfalls untuk recovery
5:00 pm - Singgah makan di Warung Dedy sambil menikmati view cantik sawah bendang dan pergunungan Rinjani
5:300 pm - Solat jamak Zohor & Asar
7:00 pm - Solat jamak Maghrib & Isak dan tidor













DAY 4: 11 JANUARY 2025

4:30 am: Bangun solat Subuh dan bersiap untuk check-out Chalet Pondok Guru Bakti 77
7:00 am - Sarapan di Chalet
9:00 am - Check-out dan bergerak ke Jeti (Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam).
10:30 am - Menaiki speed boat menuju ke Gili Trawangan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit
11:00 am - Check-in Gili Beach Wind Chalet
11:30 am - Makan tengahari "local food" di Warung Dewi.
12:30 pm - Solat Jamak Zohor & Asar
1:30 pn - Private tour (berlima) untuk snorkeling 🤿🤿🤿 dan Island Hoping ke Gili Meno serta bergambar sepuasnya🥰
4:30 pm - Cycling🚴🚴‍♀️ dan photoshoot
7:00 pm - Makan malam di Restoran Jawa
8:00 pm - Solat jamak Maghrib & Isak dan tidor
 


















DAY 5: 12 JANUARY 2025

5:00 am: Bangun solat Subuh dan bersiap untuk cycling Gili Trawangan
6:00 am - Cycling & photoshoot @Gili Trawangan
8:00 am - Breakfast di Chalet - Roti Bakar & Telur serta kopi O Lombok panas
9:00 am - Check-out dan bergerak ke Jeti
9:15 am - Menaiki speed boat menuju ke Lombok. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit
9:30 am - Sampai di Jeti Lombok, ambil pakaian kotor yang telah siap dicuci
10:00 am - Menaiki van meneruskan perjalanan ke Mataram sambil menyinggah beberapa tempat
• Pusat Islam Mataram
• toko pakaian - tak ingat nama
• toko kerepek - juga tak ingat nama
• Eiger
• Indomaret - for 🥜kacang bali hunting😅
1:30 pm - Solat jamak Zohor Asar serta Makan tengahari di "Keker Taliwang & Grilled Seafood"
2:30 pm - Singgah di Desa Patuh Sukarara dan menggayakan pakaian tradisional hasil tenunan tangan penduduk tempatan.
4:30 pm - Sampai di Bandara Antarabangsa Zainuddin Abdul Majid, Lombok.
Perubahan flight sebanyak 2 kali oleh AirAsia. Oleh itu, kami sempat menunaikan Solat jamak Maghrib & Isyak di Airport Lombok sebelum penerbangan balik ke Malaysia jam 8 pm















==========================
Pengembaraan kali ini banyak menyimpan kenangan manis kepada kami semua seramai 11 orang.
Alhamdulillah, syukur atas kurniaan ALLAH swt diberi kesihatan dan keselamatan kepada kami semua sepanjang bermusafir di Lombok.
Terima kasih Pak Ram Warna Alam dari Team Hiking Melati⁩ atas perancangan trip yg baik.
Terima kasih Uncle Rashid Karat Adv Karat Adventure⁩ atas segalanya (team lead, guide, poyographer, kacang bali hunter, macam2 lagi lah...) sepanjang pengembaraan.
Terima kasih juga kepada geng Melati hikers atas kerjasama dan persahabatan.
Semoga jumpa lagi di trip akan datang🫢😅😅.













Comments

Popular posts from this blog

Gunung Datuk for The Amazing View

Gunung Senyum 9/9/2017 - How I started my adrenaline rush adventure

Fjallraven Discovery Philippines 2019