LOMBOK WITH MELATI HIKERS (5D 4N)

DAY 1: 8 JANUARY 2025 Kami bertiga (saya, kakak ipar & adik) teruja dengan Gunung Rinjani apabila melihat rakan2 Melati Hikers memakai T-shirt Rinjani. Tetapi sedar akan kemampuan sendiri , apabila bersembang dengan Pak Ram di Bukit Melati, beliau mencadang kami mendaki bukit-bukit (apabila kami beritahu kami belum bersedia untuk mendaki Gunung Rinjani) sekitar Gunung Rinjani iaitu Bukit Anak Dara dan Bukit Pergasingan . Pada pendapat kami, Bukit-Bukit ini mungkin standard Bukit Melati dan bersetuju dan membuat perancangan. Akhirnya, team kami seramai 10 orang dengan menggunakan khidmat Karat Adventure di ketuai oleh Uncle Rashid atau lebih femes Uncle Karat berjaya merancang Trip ini - Lombok 5H 4M (8 - 12 Jan 2025). Aktiviti Day 1 - 8 Jan 2025 6:35 am - KLIA2 ke Bandara Udara Lombok 10:00 am - Bandara Lombok serta urusan imigresen 11:35 am - Makan tengahari di restoran RM Nasi Balap Puyung Rinjani 2 12:00 pm - Singgah di Eiger, Praya dan meneruskan perjalanan ke Sembalun Lo...