YOGYAKARTA YANG ISTIMEWA

TRIP GUNUNG PRAU & MERBABU MELATI HIKERS BERSAMA KARAT ADVENTURE 10 - 14 JUN 2025 Selepas teruja dengan pendakian di Lombok bersama-sama rakan-rakan hikers dari Bukit Melati, kami merancang pula untuk mendaki Gunung Prau dan Merbabu bersama Karat Adventure. Sekali lagi, saya adik beradik merancang bersama Team Lead kami Pak Ram, untuk pengembaraan dan pendakian yang seterusnya. Setelah lebih dari sebulan merancang, akhirnya sampai tarikh untuk sekumpulan kami dari Melati Hikers seramai 16 orang yang kebanyakannya adalah pesara (kecuali 2 orang) bersama Uncle Karat memulakan pendakian ke Gunung Prau dan Merbabu. Berikut adalah catatan perjalanan kami yang dicatat di sini sebagai kenang-kenangan. DAY 1- 10/6/2025 (Selasa) 6:30 am - Solat subuh di KLIA 2, Air Asia mengalami system breakdown, sedikit kekecohan dan kelewatan. Walau bagaimanapun, alhamdulillah kami semua seramai 16 orang beserta Uncle Karat (dari Karat Adventure) selamat berada di dalam pesawat dalam jangkamasa yang...