Posts

Showing posts from February, 2019

Fjallraven Discovery Philippines 2019

Image
Al hamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt saya dan suami telah berkesempatan mengikuti ekspedisi Fjallraven Discovery Philippines pada 22 hingga 24 February 2019 di Ifugao Village Philippines. Berikut adalah catatan perjalanan kami: DAY 0: 21 February 2019 Perjalanan kami bermula dengan menaiki pesawat Malaysian Airlines MH806, dan perincian adlah seperti berikut: KLIA ETD 08:15 dan MNL ETA 12:20. Oleh kerana waktu berkumpul sebelum memulakan ekspedisi adalah pukul 7 pm, kami berehat, solat dan makan tengahari di Ninoy Aquino International Airport (NAIA) sehingga jam 5 pm. Terdapat ruang solat di sini tetapi memerlukan kebenaran untuk tingkat 2 airport ke Muslim Prayer Room #437. Saya membeli sim card Philippines untuk memudahkan komunikasi dengan team leader Miguel Mapalad dan juga urusan grab. Atas cadangan dari Miguel, saya menggunakan Globe telco provider dan bayaran adalah sekitar 1,100 Peso. Kami bergerak ke Ohayami Bus Terminal menaiki grab dan sampai di sana sekitar