Posts

Trip Pergnungan Argopuro 26-30 Ogos 2023

Image
  Pada 26 hingga 30 Ogos saya dan suami telah mengikuti trip Pergunungan Agropuro bersama 12 orang rakan dari Malaysia dengan menggunakan khidmat guide Mas Yohnny dari Denali Adventure, khidmat yang sama sebelum ini semasa trip Gunung Raung. 25 Ogos 2023 4 pagi bertolak ke KLIA menggunakan khidmat Grab dan terus ke kaunter Malaysia Airline untuk dropoff luggage. Trip bermula 26 Ogos, tetapi kami bergerak awal sehari dan bermalam di Bumi Surabaya City Resort. Ia m erupakan resort bandar klasik di tengah-tengah bandar atau hanya 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda. Ia menggabungkan taman yang menawan dengan pokok-pokok matang dan laluan air untuk menenangkan deria di tengah-tengah kesibukan pusat bandar Surabaya.  Kami sampai di Bumi Surabaya City Resort sekitar 12 pm, tumpang luggage dan berjalan sekitar bandar Surabaya. Pada petang nya, saya mengambil khidmat urutan klasik Indonesia di Resort ini. 26 Ogos 2023 Keesokan pagi, van Denali Adventure datang menjemput kami dan